Saturday 5 February 2011

Lima Adab Terhadap Buku

1. Membeli buku dengan niat yang ikhlas

*Kita perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas sewaktu membeli buku. Tetapkan dalam hati bahawa buku itu memberi manfaat kepada anda dan orang lain. Jangan membeli buku secara terpaksa kerana ilmu sukar diperolehi kerana niat yang tidak ikhlas.

2. Buku bukan sekadar pameran
*Janganlah membeli buku semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau mahu melengkapkan rak semata-mata. Pastikan buku yang dibeli mampu memberi sesuatu ilmu berguna kepada anda.

3. Menjaga buku dengan baik
*Jagalah buku dengan baik kerana buku merupakan benda yang lekas rosak. Simpanlah ditempat yang selamat.

4. Kongsikan ilmu yang terdapat dalam buku
*Kongsikanlah ilmu yang ada dapat daripada bahan bacaan anda. Ini kerana perbuatan sebegini sangat mulia.

5. Elakkan membeli buku yang tidak berfaedah
* Pilih buku yanmg benar-benar perlu dan penting. Membeli buku yang tidak berfaedah, tidak dapat menambah ilmu kita malahan juga turut membazirkan wang anda.




Jom Membaca


Salam kepada semua, Di sini cikgu ingin melontarkan beberapa soalan 'maut' untuk anda? Dah sedia hendak menjawabnya?.Soalannya berbunyi begini..

1.Sudah berapa banyak buku di perpustakaan yang telah anda baca?
2.Tahukah anda berapa jumlah buku di perpustakaan?
3. Bilakah kali terakhir anda meminjam buku?
4. Bilakah kali terakhir anda masuk ke perpustakaan?
5. Pernahkah keluarga anda merayu kepada anda supaya berhenti membaca buku kerana sudah terlalu lama anda membacanya?
6. Tahukah anda bahawa untuk menjadi insan berilmu adalah dengan membaca?

Soalan-soalan ini tidaklah perlu anda menjawabnya di dalam kertas kajang..cukuplah sekadar anda menjawab di dalam hati anda. Apakah kesimpulan anda? Ingat, jika kita rajin membaca, maka kita akan menjadi insan cemerlang. Amatlah rugi rasanya jika anda meninggalkan sekolah ini untuk ke sekolah menengah tanpa dapat menghabiskan semua buku di perpustakaan untuk dibaca kerana selepas ini anda sudah tidak berpeluang ke sana lagi.....