Thursday 12 January 2012

SLOT 5 MINIT BERSAMA PSS

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar kian tiba ,mereka akan kembali ke sekolah seperti biasa . Termasuklah guru-guru yang akan mengajar murid-murid . Pada setiap hari Isnin , PSS telah mengadakan slot 5 minit bagi memberikan sedikit informasi kepada pelajar .

Kami juga berkesempatan mengambil gambar :




     Slot 5 minit bersama PSS merupakan salah satu program ataupun aktiviti yang dirancang oleh pihak Pusat Sumber SMK Dato' Haji Talib Karim bagi memberikan sedikit pengetahuan am berkaitan dengan bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber ataupun perkara-perkara yang bersesuaian untuk dikongsi bersama para pelajar sekolah. Selaras dengan fungsi Pusat Sumber sebagai pusat untuk mencari sumber-sumber yang diperlukan oleh para pelajar.

     Di slot 5 minit bersama PSS kali pertama ini, wakil Pengawas Pusat Sumber telah memberi sedikit informasi berkenaan kebaikan-kebaikan membaca. Antara kebaikan membaca ialah, kita mampu menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai manusia, tidak semua perkara yang kita tahu berlaku di dunia ini. Oleh kerana itu, dengan budaya membaca, kita mampu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri kita. Semoga kita bertemu di entry yang akan datang!



                       - TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI KAMI-







Monday 9 January 2012

Majlis Orientasi bagi pelajar baru dan tingkatan satu


           Pada tanggal 6Januari 2012 satu majlis orientasi PSS bagi pelajar Tingkatan 1 dan pelajar-pelajar baru.Program tersebut dimulakan pada 10.40 dan tamat pada pukul 2.00 petang.Majlis tersebut diketuai oleh guru-guru dan ahli-ahli PSS.Para pelajar kelihatan sungguh teruja dan tekun mendengar taklimat yang di sampaikan.














      Akhir kata ,para pelajar dialu-alukan untuk datang ke Pusat sumber SMKDHTK dan menimba ilmu dengan lebih mendalam kerana selangkah ke perpustakaan beribu ilmu yang dapat diperolehi.Bak kata pepatah ''ilmu itu pelita hidup''.Oleh itu, masa yang terluang mestilah dihabiskan dengan membaca .

Sunday 8 January 2012

BERAKHIRNYA SEGALA PENANTIAN

          Selama 3 tahun mereka berhempas-pulas di ALAM MENENGAH RENDAH , berjuang di MEDAN PEPERIKSAAN. Kini, segalanya telah tiba di penghujungnya. Tanggal 22.12.2011, bersamaan pada hari Khamis, merupakan hari yang amat dinantikan oleh seluruh warga SMKDHTK bagi menyaksikan detik bersejarah kerana keputusan PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) diumumkan. Debaran yang dirasakan oleh para pelajar jelas terpancar pada setiap raut wajah mereka. Ada yang berdiri, ada yang duduk, ada yang bergelak ketawa dan ada juga yang memilih untuk bersendirian. Inilah antara gelagat yang dapat diperhatikan pada hari tersebut. Kerisauan turut dirasakan oleh para ibu bapa dan guru, kerana harapan mereka yang tinggi terhadap anak-anak ini.
 


          Sekitar jam 12.30 tengah hari, keputusan PMR diumumkan oleh Puan Pengetua, Saminah binti Jantan. Seramai 13 orang pelajar telah berjaya peroleh keputusan semua A dalam matapelajaran



            Akhir kata,tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat semua A dalam matapelajaran.Kepada yang belum berjaya jangan berputus asa cuba lagi.Lipat gandakanlah usaha anda di peringkat menengah atas kerana di situ, anda akan mengharungi satu lagi ujian yang menentukan masa depan anda iaitu SPM. Buat calon PMR 2012, pertingkatkan peratus kualiti dan kuantiti anda pada PMR tahun ini. Saya yakin dan percaya, tahun ini sejarah bakal tercipta!