Wednesday 8 February 2012

Perjumpaan Kelab PSS Kali Pertama


          Waktu demi waktu telah berlalu. Tanpa disedari, kita telah menjejakkan kami ke bulan Febuari 2012. Sudah sebulan kita bersekolah. Kerja sekolah juga makin bertambah kerana makin lama, makin banyak topik yang kita pelajari. Tapi, itu bukan tajuk utama. Kita semua tahu, walaupun kita sibuk dengan pelajaran, kita tetap juga harus aktif dengan kokurikulum. Itu barulah dikatakan seimbang.



          Wajah-wajah ceria jelas tergambar pada mimik muka para pengawas. Mana taknya, mereka berdua telah dicalonkan menjadi Pengerusi Kelab PSS tahun ini. Tapi, dua-dua kalah. Orang lain yang menang.

Mereka yang menyokong 

 Mesyuarat yang dipengerusikan oleh mantan Setiausaha Kelab
Sdr Muhd Fariq bin Odnan

 Mesyuarat masih berlangsung

 Permohonan cadangan daripada Ahli Kelab


          Akhir sekali, mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Mesyuarat akan dijalankan pada tarikh-tarikh akan mendatang.

Sunday 5 February 2012


glitter-graphics.com

                    KEPUTUSAN YANG DINANTI-NANTIKAN TIBA AKHIRNYA 

~Kesungguhan para peserta  Kejohanan Merentas Desa membuahkan hasil~

Pada hari Jumaat bersamaan 3 Februari 2012 telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa 2012 bertempat di Dataran Nurani SMKDHTK.Penyampaian ini tidak dapat dilaksanakan pada hari Kejohanan Merentas Desa diadakan dek kerana hujan turun.Pelbagai riak wajah yang dapat kita lihat ketika menantikan keputusan diumumkan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah mengikut kategori masing-masing seperti Kategori Perempuan 1,2,3,4,5 dan 6 dan diikuti dengan Kategori Lelaki 1.2.3.4.5 dan 6.Penyampaian hadiah ini disampaikan oleh  
Pn Noor Azizah Bt Md Som dan En Hassan.Senyum kegembiraan yang mampu dilemparkan oleh para pemenang dalam kejohanan ini.




Add caption


  Majlis ini disudahi dengan pengumuman rumah sukan yang telah menjuarai Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012..Jeng..jeng..jeng.."Bagi Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012 dimenangi oleh Rumah Mansor"..Ucapan Tuan Pengerusi Majlis itu,terjawab segala tanda tanya kami..huhu.Naib Juara disandang oleh Rumah Muzafar diikuti Rumah Iskandar dan Rumah Alauddin.Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua,Pn Saminah Bt Jantan..Dengan itu,berakhirla majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012...









BENGKEL MEMBINA LAMAN BLOG

Bidang multimedia, merupakan suatu bidang yang begitu seronok dan mencabar bagi para pelajar. Dalam bidang inilah, para pelajar akan diuji tahap kreatif masing-masing. Bagi menggiatkan lagi bidang multimedia itu, pihak Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim, Bengkel Membina Laman Blog telah dianjurkan pada 4 Februari yang lalu. Bengkel ini diadakan di Pusat Sumber SMKDHTK sendiri dan seramai lebih kurang 20 orang pelajar telah mengikuti bengkel ini. Ada di antara mereka merupakan Pengawas Pusat Sumber SMKDHTK sendiri.

Para pelajar telah diminta untuk membina laman blog mereka sendiri. Usaha ini adalah  untuk melahirkan lagi para pelajar yang lebih kreatif dalam bidang multimidea ini. Pihak kami telah meminta jasa baik 2 orang guru,  Encik Amar Hezri dan Puan Hazliza bagi mengetuai dan membimbing para pelajar dalam membina laman blog tersebut. Ini kerana ada diantara pelajar yang kurang mahir dalam membina laman blog. 
 
INILAH WAJAH 2 ORANG GURU YANG MEMBIMBING KAMI

Bengkel itu dimulakan dengan beberapa penerangan yang diberi oleh guru-guru. Para pelajar juga dibekalkan dengan nota ringkas yang mengandungi panduan secara ringkas untuk membina laman blog. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membinanya mengikut tunjuk ajar dari 2 orang guru tersebut. Lensa kami sempat merakamkan beberapa reaksi dan gelagat para pelajar.
 



 





Friday 3 February 2012

Kejohanan merentas desa

~ KAMI BERLARI DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR ~
 
Pada Khamis yang lalu, bersamaan dengan 2 Februari 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim telah berjaya menjayakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012.  Sesi persekolahan ditamatkan tepat jam 1.20 petang bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk beristirahat dan menunaikan solat terlebih dahulu. Setelah itu, para pelajar berkumpul di Dataran Nurani bagi mengambil kedatangan di setiap Rumah Sukan masing-masing dan menjalani sesi regangan.
 
Pelajar dibahagikan mengikut Tingkatan masing-masing. Sesi memanaskan badan yang diketuai oleh 3 orang pelajar Menengah Atas dimulakan. Pelbagai gelagat yang dapat kita saksikan di setiap wajah mereka.
 
  KETUA REGANGAN KAMI 





























































SEMANGAT MEREKA SEBELUM MERENTAS DESA 
PELAJAR TINGKATAN 6 YANG BERSEMANGAT DI HADAPAN LENSA
 Tepat jam 3.00 petang, para pelajar dilepaskan oleh Pengetua SMKDHTK , Puan Saminah binti Jantan. Kelihatan para pelajar berlari dengan semangat yang berkobar-kobar dengan harapan untuk menjadi peserta pertama yang akan tiba di garisan penamat. Berderau darah para guru, pabila melihat para pelajar yang lari dengan penuh semangat sehingga bertolak-tolakkan antara satu sama lain. Risau sekiranya ada di antara mereka yang jatuh dan tercedera. Namun begitu, ada juga pelajar yang telah pun pengsan ketika di garisan permulaan. Sungguh memeranjatkan !
 

ADUHAI KASIHANNYA ADIKKU

Kesungguhan para pelajar untuk menamatkan larian jelas terpancar di wajah mereka. Kami sempat merakan detik-detik itu.

SEMANGAT YANG INGIN DI CARI

BERSUNGUH-SUNGGUH

PELAJAR YANG MENDAHULUI PARA PESERTA YANG LAIN

KEHABISAN TENAGA SUDAH PARA PESERTA KITA

PELAJAR YANG BERSEMANGAT HINGGA KE HABISAN

PELAJAR PEREMPUAN JUGA TURUT BERSEMANGAT

YANG SEMPAT POSING PUN ADA

LALUAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN
Setibanya di sekolah yang merupakan check point yang terakhir, para pemenang telah pun diketahui. Malangnya pada ketika itu, hujan turun dengan lebatnya dan penyampaian hadiah tidak dapat dilakukan sejurus selesai kejohanan tersebut. Hadiah disampaikan pada keesokan harinya.

Wednesday 1 February 2012

SENARAI PENGAWAS PUSAT SUMBER BAGI TAHUN 2012

  1. Ammar syauqi bin Hamzah                    2RK1
  2. Farra Aina binti Zakaria                         2RK1
  3. Siti Nur Najiha binti Nor Azman            2RK1
  4. Nurul Najiha binti Rapie                        2RK2
  5. Nurul Faizah binti Rosli                          2AA
  6. Nurul Asyikin binti Misrun                      2AA 
  7. Elfira Zahira binti Mohammed                2AA
  8. Nurul Farhana binti Zolkapli                   2A 
  9. Nuramira Syafiqah binti Md Hasan         2D 
  10. Nazri bin Hisan                                       3RK2
  11. Muhammad Acril Danial bin Azizan       3RK2 
  12. Nurhazirah binti Mohd Radzi                 3RK2
  13. Nursyazarul Khairiah bt Hussin              3RK2
  14. Mohad Fitri bin Nasarudin                      3RK2  
  15. Nurqiasah binti Ripin                               4SI
  16.  Nurshafika binti zulkefli                          5SN
  17. Siti Nur Nazmin binti Abd Rahim             5SN
  18. Nazatul Asyikin binti Zulkefli                   5SN
  19. Norshafika binti Zulkefli                          5SN 
  20. Nooraqila Nadia binti Yahya                    5SN
  21. Farah Fatihah binti Baba                         5SN   
  22. Ainaa Wajihah binti Salihudin                 5SN    
  23. Nur Farah Anirah binti Rahim                  5SS
  24. Nurul Syahirah binti Saharum                  5SS 
  25. Noorfadilah binti Julani                             6A3
  26. Ahmad Saufi bin Sahabudin                    6A3 
  27. Norhazwani binti A.Huzaim                      6A1
  28. Mohamad Nor Faiz bin Abd. Aziz           6A1
  29. Liyana Izzati binti Sabri                            6A1
  30. Safuhah Amirah binti Ibrahim                  6A1 
  31. Mazuwani bt Osman                                 6A3
  32. Mohd Rafiq bin Mohd Musir                     6A1
  33. Nur Zaidatul Akmam bt Zulkifli                5SN
  34. Angelin A/P Francis                                 1E 
  35. Mahaletchumy A/P Adaiklam                  1D
  36. Halimatus Saadiah binti Zaharen            2RK1
  37. Hemsuthan A/L Muladeenaran                4S1
  38. Izan Fareha bte Hamzah                          3RK1
  39. Khoo Chia Ting                                       4SN
  40. Ku Wei Heng                                           4SN
  41. Ku Yuan Xin                                             4ST 
  42. Lim Jing Xian                                            4SN
  43. Mohammad Idris bin Mohd Nasir           2RK2
  44. Muhammad Arif Aiman bin Johari          2A 
  45. Muhammad Razif b. Jemli                     3RK2
  46. Muhammad Safwan b. Mohd Junaidi    4SI
  47. Muhd Fariq B Odnan                             4 SS
  48. Noor Natasha bte Ahmad Aziz             4P1 
  49. Tang Bo Hua                                          4SN 
  50. Yong Jeet Sheng                                  4SN