Wednesday 4 June 2014

Transformasi Pusat Sumber Sekolah


Pengawas pusat sumber yang hadir membantu .

Murid-murid biasa juga turut serta membantu Pusat Sumber .

Menaik taraf Anjung Nilam

Mengecat dinding Pusat Sumber

Menaik taraf Kaunter Sirkulasi

Anjung Nilam (dalam proses)

Kaunter Sirkulasi ( dalam proses)


Pada cuti akhir tahun 2012 , warga-warga Pusat Sumber Sekolah bertungkus-lumus menaiktarafkan Pusat Sumber bagi menaikkan semangat para pelajar untuk datang ke Pusat Sumber . Malah , bukan sahaja pengawas pusat sumber tetapi murid-murid dan pekerja-pekerja sekolah juga turut hadir dalam membantu pusat sumber. Seperti yang dinyatakan pada gambar di atas , anjung nilam telah dinaik taraf begitu juga dengan Kaunter sirkulasi . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu kami dalam mentransformasikan Pusat sumber .

Kembara Minda PSS





Di hadapan PWTC




Pada 1 Mei yang lalu , Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC . Program Lawatan Kembara Minda bersama PSS tersebut telah mendapat sambutan yang sangay memberangsangkan . Sebanyak 7 buah bas yang disediakan bagi memenuhi permintaan murid-murid yang berminat untuk mengikuti Program Kembara Minda anjuran PSS SMKDHTK ini . Lawatan yang diadak buat kali kedua ini diharapkan dapat meningkatkan minat murid untuk terus menjadikan buku sebagai wadah ilmu yang terbaik


Lawatan Hadiah Galakan NILAM: Big Bad Wolf




Gimik sebelum memulakan perjalanan



Sumbangan oleh Tn Pengerusi PIBG


BIG BAD WOLF , MITC





Pusat Sumber SMKDHTK telah mengadakan rombongan secara percuma ke pseta buku Big Bad Wolf di MITC . Rombongan ini merupaka hadiah lawatan kepada murid-murid yang telah mendapat pengiktirafan sebagai rakan pembaca merusi program NILAM . PIBG SMKDHTK telah menyumbangkan sebanyak RM1000 kepada Pusat Sumber Sekolah bagi mendapatkan pelbagai bahan bacaan bagi meningkatkan jumlah buku yang terdapat di pusat sumber sekolah.

Bengkel Multimedia Bersiri dengan kerjasama Unit K-Ekonomi,Pejabat Ketua Menteri Melaka


Bengkel Multimedia


Membina Struktur 3D


Sesi bergambar




Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK telah mengadakan Bengkel Multimedia Bersiri pada hari Isnin hingga Rabu (24-26 mac 2014 ) . Kursus yang diadakan ini mendapat kerjasama daripada Unit K-Ekonomi, Pejabat Ketua Menteri Melaka. Sepanjang tiga hari , murid-murid dapat mempelajari kaedah suntingan video, mempelajari penggunaan perisian Adobe Flash , Animasi 2D dan membina struktur 3D menerusi penggunaan Perisian Google Sketchup . Murid-murid yang menunjukkan kelebihan dalam menghasilkan rekaan mendapat hadiah sumbangan Puan Mariam bt Jantan selaku Penyelaras Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa , NILAM , Tutor Utusan





Ketibaan Tn Hj Md Rashid bin Haji Hussin



Boria bertemakan robot oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah



Tn Hj Md Rashid merasmikan program




Majlis Pelancaran Bulan bahasa, Nilam dan Tutor Utusan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Mac 2014 dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Md Rashid B. Haji Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka . Majlis ini disertakan dengan Bora ala-ala robot oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah .



Lawatan Penanda Aras PSS dari SMK Seri Pengkalan

Lawatan Penanda Aras


Penyampaian cenderahati daripada 


Sesi Bergambar

Pada 24 Januari yang lalu , PSS SMK Dato' Haji Talib karim tela menerima satu siri lawatan penanda aras dari SMK Seri Pengkalan . Penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PSS antara kedua-dua buah , malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan . Terima Kasih.







PROGRAM TAARUF PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH




Ragam pengawas PSS


Aktiviti Hari Taaruf

Penyampaian hadiah oleh Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman



Program Taaruf pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari jumaat , 7 Februari . Program ini bermula pada jam 2:30 petang dan berakhir kira-kira jam 5:30 petang . Antara aktiviti yang diadakan ialah Ice Breaking , Sukaneka dan "explorace" (Jejak Maklumat ). Aktiviti yang melibatkan semua pengawas pusat sumber sekolah ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan mengenali rakan setugas dalam kalangan pengawas Pusat Sumber Sekolah . Program telah diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Tn Haji Zulkapli bin Haji Othman , pengetua cemerlang SMK Dato' Haji Talib Karim dan disajikan dengan juadah minum petang