Tuesday 19 May 2015

English Language Carnival 2015

Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah terutamanya luar bandar agak rendah berbanding muri di bandar. Oleh itu, Bagi meningkatkan lagi penguasaan dan kesedaran murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik, Pihak sekolah berkolabari dengan PIBG SMKDHTK bagi mengadakan English Carnival 2015 yang berlansung dari bulan Mei hingga Julai 2015.








Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik bakal di adakan seperti School Appearance, Interclass debate, Public Speaking, Poem Recital, Drama and Musical Play, Talentime, Guest Speakers on Communicational Skills, Quiz,Essay Writting Competition Spelling Bee dan banyak lagi.
Antara lain, Karnival Bahasa Inggeris ini diadakan bagi menarik minat murid menggunakan bahasa inggeris dan membuktikan kepada mereka bahawa Mata pelajaran bahasa inggeris sangat mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari.

Bicara Tokoh: Dr Irfan Khairi







Kejayaan merupakan impian buat setiap insan. Kejayaan tidak akan tercapai tanpa matlamat dan usaha yang bertuerusan. Pada 30 April yang lalu, PIBG SMKDHTK telah menganjurkan Program Bersama Tokoh iaitu Dr Irfan Khairi yang merupakan Jutawan Internet No 1 di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik dan suntikan semangat diberikan kepada para pelajar dan guru sepanjang program diadakan. Semoga warga SMKDHTK lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa juga bidang yang diceburi.

Kejohanan Sukan tahunan Kali Ke-47 SMKDHTK






 

Sukan merupakan salah satu cabang aktiviti kokurikulum. Badan yang sihat pastinya lahir daripada badan yang cergas. Oleh itu, pada hari Sabtu, 9 Mei yang lalu SMKDHTK telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-47 dengan jayanya. para pelajar telah berkumpul di padang sekolah seawal jam 8 pagi dan kehadiran setiap kelas diambil oleh guru tingkatan. Acara bermula tepat jam 8.30 pagi itu begitu meriah dengan sorakan sokongan murid dan guru daripada rumah sukan yang bertanding. Seperti tahun lalu, Rumah Sukan Mansor (Hijau) sekali lagi menjadi Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2015.


Acara awal telah diadakan pada 6 dan 7 Mei, maka hanya acara akhir sahaja yang dipertandingkan pada hari itu termasuklah acara tarik tali yang menggamatkan suasana.  Majlis Penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rashid Bin Ab Hamid Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi PIBG, Tuan Haji Azman bin Ghani.