Friday 21 August 2015

Pertandingan menulis esei sempena hari kemerdekaan kolaborasi bersama akhbar UTUSAN MALAYSIA Wilayah Selatan.


Pada 19 Ogos yang lalu telah berlansungnya Program Pertandingan Menulis Esei Menengah Rendah dan Menengah Atas kolaborasi bersama pihak UTUSAN MALAYSIA Wilayah Selatan bertempat di Dewan Sekolah SMKDHTK. Program ini juga turut melibatkan kolaborasi antara Pusat Sumber Sekolah dan Paniti Bahasa Melayu.







Program ini telah dirasmikan oleh En Asri Jantan selaku pengurus pemasaran Utusan Malaysia bagi Zon Selatan dan di iringi oleh Tn Hj Zulkapli B Hj Othman selaku pengetua cemerlang SMKDHTK.

Sasaran penglibatan murid-murid adalah dari kalangan tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2015. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menambahkan keyakinan murid dalam menghasilkan esei berkenaan dengan Hari Kemerdekaan serta bijak menggunakan penanda wacana dan frasa-frasa menarik yang bersesuaian dengan huraian isi yang dipilih.





Objektif program ini diadakan pula ialah dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang sejarah dan merangsang daya fikir murid dalam pelbagai bidang. Disamping dapat melahirkan murid-murid yang inovatif,dinamik dan berfikiran kritis serta mampu meneroka bakat pelajar yang terpendam.




TAHNIAH SMKDHTK!!!

Wednesday 19 August 2015

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 58 Peringkat Sekolah.


Tanggal 19 ogos 2015, telah berlansung satu majlis sambutan bulan kemerdekaan ke 58 bagi tahun 2015 peringkat sekolah bertempat di dataran nurani SMKDHTK.







Majlis pada kali ini telah disertai oleh pengetua serta semua guru dan pelajar SMKDHTK. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh En. Ahmad Farid bin Abu Dzarin dari pegawai penerangan daerah Alor Gajah.Majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya serta di iringi dengan bacaan doa. Majlis di teruskan lagi dengan ucapan pengetua cemerlang SMKDHTK dan ucapan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2015 oleh En. Ahmad Farid Bin Abu Dzarin. Telah diadakan juga satu istiadat ringkas penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh pasukan kadet polis SMKDHTK kepada pengetua cemerlang.Bagi memeriahkan majlis lagi semua guru dan pelajar telah menyanyikan lagu tema kemerdekaan ke 58 dan lagu-lagu patriotik bagi meningkatkan lagi semangat patriotik ke dalam diri masing-masing.








Objektif mengadakan sambutan ini adalah untuk menyemai semangat cintakan tanahair dan menghargai erti kemerdekaan dalam kalangan warga SMKDHTK. Ia juga mengamalkan nilai perpaduan dan semangat 1 Malaysia. Paling penting sekali dapat meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan.

TAHNIAH SMKDHTK!!!


Thursday 6 August 2015

Lawatan penanda aras dari sekolah menengah kebangsaan perempuan jalan ipoh, kuala lumpur

Pusat Sumber Sekolah merupakan Nadi Kurikulum Sekolah. Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid. Pada 7 ogos yang lalu, satu sesi lawatan penanda aras daripada SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR telah berlansung di pss SMKDHTK.

 Lawatan ini bertujuan menjadikan pss SMKDHTK sebagai sumber rujukan penanda aras bagi keberkesanan pusat sumber sekolah menjadi pemnagkin kepada murid.








Wednesday 5 August 2015

Lawatan penanda aras dari sekolah menengah kebangsaan sultan mansur shah (pulau sebang)

Pusat Sumber Sekolah merupakan Nadi Kurikulum Sekolah. Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid. Pada 5 ogos yang lalu, satu sesi lawatan penanda aras daripada SMK Sultan Mansur Shah (Pulau Sebang) telah berlansung di pss SMKDHTK.



Lawatan ini bertujuan menjadikan pss SMKDHTK sebagai sumber rujukan penanda aras bagi keberkesanan pusat sumber sekolah menjadi pemnagkin kepada murid.

















Monday 3 August 2015

Pemantauan Anugerah Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan

Pusat Sumber Sekolah merupakan Nadi Kurikulum Sekolah. Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid. Pada 29 Julai yang lalu, Pemantauan Anugerah Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang 2015 telah berlansung di Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK.

Pelbagai teguran dan cadangan penambahbaikan diberi oleh kedua-dua panel hakim yang hadir di SMKDHTK. Warga SMKDHTK sangat bersemangat dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga SMKDHTK.

Semoga kejayaan menjadi milik SMKDHTK!