Tahun 2011, Year 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, 21 December 2010
TAKWIM 2011
Sunday, 12 December 2010
FAIL KUASA
FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0 DEFINISI FAIL KUASA
Fail Kuasa (Authority File) merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah pusat sumber sekolah (PSS). Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS. Anggapan yang mengatakan bahawa Fail Kuasa itu sama dengan “Rancangan Pembangunan PSS (Blue Print)” adalah salah. ‘Blue Print’ adalah sebahagian daripada Fail Kuasa. Dengan itu segala perkhidmatan, program dan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam fail kuasa.
Fail Kuasa merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur PSS. Fail Kuasa PSS harus dirangka secara kolektif oleh Ahli Jawatankuasa PSS dan perlu diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan.
2.0 TUJUAN MENYEDIAKAN FAIL KUASA
PSS Fail Kuasa PSS disediakan dengan tujuan:-
2.1 Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaranGuru Perpustakaan & Media.
2.2 Guru baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail Kuasa yang disediakan.
2.3 Mengelakkan berlakunya percanggahan idea di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.
2.4 Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.
Terdapat 15 bab dalam sesuatu Fail Kuasa PSS. Fail Kuasa PSS lazimnya disimpan dalam bentuk ‘ring-file’ supaya sesuatu keputusan / pindaan itu dapat diganti tanpa menjejaskan keseluruhan isi asal sekiranya terdapat apa-apa perubahan / pindaan. Fail Kuasa yang lengkap mempunyai tarikh kuatkuasa sesuatu prosedur itu. Ini memudahkan kita mengenal pasti prosedur mana yang patut diutamakan ketika membuat penyemakan semula. Biasanya penyemakan semula Fail Kuasa dilakukan 5 tahun sekali atau mengikut keperluan.
3.0 PROSEDUR PENYEDIAAN FAIL KUASA PSS
Guru Perpustakaan & Media harus bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah Fail Kuasa sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk PSS. Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan dasar / polisi mengenai peraturan, pelantikan jawatankuasa kerja, pemerolehan bahan dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat tersebut barulah Fail Kuasa berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya (sila rujuk Lampiran A – Borang Penguatkuasa Fail Kuasa Mengikut Bab – gunakan kertas berwarna kuning).
4.0 KANDUNGAN FAIL KUASA PSS
4.1 Bahagian-bahagian dalam Fail Kuasa:-
Fail Kuasa PSS terdiri daripada bahagian-bahagian yang dinyatakan seperti berikut:-
(a) Muka surat judul
(b) Pengenalan kepada Fail Kuasa
(c) Isi kandungan Fail Kuasa
(d) Kandungan dan pindaan mengikut bab
4.2 Susunan kandungan Fail Kuasa:-
Kandungan dalam Fail Kuasa hendaklah disusun seperti berikut:-
(a) Setiap bab akan dinamakan mengikut tajuk utama
(b) Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab berkenaan
(c) Borang berkuatkuasa bab berkenaan yang telah disahkan
(d) Jika ada pindaan, borang pindaan akan disusun di akhir bab berkenaan mengikut bilangan pindaan (sila rujuk Lampiran B - gunakan kertas berwarna hijau).
5.0 PERINCIAN ISI KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA PSS
Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan
Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS
Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran
(d) senarai tugas
(e) senarai semak
(f) borang kebenaran
(g) surat pelantikan
4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi
Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS
Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan
8.3 Anggaran Perbelanjaan
8.4 Laporan Kewangan
Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan
9.3 Proses Teknik
9.4 Pengkatalogan
9.5 Lokasi bahan
9.6 Penyusunan bahan
Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Program Orientasi PSS
10.6 Lawatan
10.7 Gotong Royong
10.8 Pameran
10.9 Minggu PSS
10.10 Promosi PSS
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS
Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)
11.3 Daftar Inventori (Kew 313)
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
11.7 Rekod Perolehan Akhbar
11.8 Rekod Perolehan Majalah
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)
11.10 Pelupusan
11.11 Hapuskira
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)
Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok
Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku
(b) Peminjaman buku rujukan
(c) Peminjaman berkelompok
(d) Peminjaman bahan bukan buku
(e) Peminjaman peralatan
(f) Peminjaman pihak luar
(g) Reprografi
(h) Koleksi soalan
(i) Rakam salin
(j) Sebaran maklumat
(k) Rekreasi
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan
(m) Pameran
(n) Promosi dan sebagainya
13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat
(c) Waktu tengah hari
(d) Waktu petang
(e) Hari sabtu
(f) Cuti sekolah
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media
Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan
14.3 Menu utama
14.4 (Output)
14.5 Prosedur memasukkan data
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)
14.7 Rangkaian (networking)
14.8 Carian maklumat
14.9 Laporan
Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang
(b) Rasional
(c) Asas pertimbangan
(d) Pendekatan
(e) Model program nilam
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)
(g) Sistem ganjaran
15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan
(b) Pelaksanaan
(c) Bahan
(d) Peranan
(e) Pengumpulan data
(f) Contoh-contoh rekod bacaan
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)
6.0 PROSEDUR MEMBUAT PINDAAN DALAM FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
Prosedur yang sama juga akan digunakan semasa membuat sesuatu pindaan atau perubahan dalam Fail Kuasa. Guru Perpustakaan & Media akan merangka pindaan / tambahan dan membentangkannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS untuk mendapatkan kelulusan. Selepas itu, barulah pindaan / tambahan tersebut akan dikuatkuasa sepenuhnya. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pindaan dalam Fail Kuasa PSS:-
6.1 Kaji semula bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan / tambahan.
6.2 Guru Perpustakaan & Media perlu menyediakan draf pindaan / tambahan berkenaan.
6.3 Draf pindaan / tambahan tersebut hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS untuk mendapatkan kelulusan.
6.4 Selepas mendapat kelulusan, Guru Perpustakaan & Media hendaklah memasukkan pindaan tersebut dalam Borang Pindaan dan mendapatkan tandatangan untuk pengesahan (Pengetua / Guru Besar).
6.5 Tarikh berkuatkuasa pindaan tersebut ialah tarikh mendapat kelulusan (tarikh mesyuarat).
Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang
KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG
1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan
1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM
Terletak di tempat yang strategik.
1.2 Susun Atur Bilik/Ruang
Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Ini termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.3 Perabot
Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan maklumat dll.
1.4 Bahan Cetak
Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll.
1.5 Bahan Bukan Cetak
Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio & video, CD dll.
1.6 Peralatan
Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.
1.7 Alat Keselamatan
Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan-arahan dan peti kecemasan.
2. Pengurusan dan Pengelolaan
2.1 Struktur Organisasi
Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan.
2.2 Rancangan Tahunan
Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat JK kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah.
2.3 Dokumen dan Rekod
Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen:
2.3.1 Fail kuasa
Peraturan-peraturan
Buku stok perolehan
Rekod pinjaman
Semakan stok dan hapus kira
Belanjawan dan perbelanjaan
Penyenggaraan
Aktiviti dan kajian
Pencapaian dan kejayaan
2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.
2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik.
2.4 Keceriaan
Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung.
2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti
Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS.
3. Penggunaan PSS
3.1 Waktu Operasi
Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke PSS.
3.2 Jadual Waktu
Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.
3.3 Urusan Pinjaman
Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok.
3.4 Penggunaan TVP
Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya.
3.5 Pameran
Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu.
3.6 Aktiviti Galakan
Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS.
3.7 Pembelajaran Kendiri
Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna.
3.8 Bahan Promosi/Publisiti
Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru.
3.9 Kemahiran Maklumat
Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa.
3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian
Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P.
4. Program NILAM
4.1 Pengurusan Program
Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas.
4.2 Pelaksanaan Tugas
Semua pelajar terlibat.
4.3 Dokumen dan Rekod
Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah.
4.4 Pencapaian
Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
4.5 Pengiktirafan
Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil.
5. Program Peningkatan PSS
5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun.
6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS
Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa.
6.3 Pengautomasian
Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan.
6.5 Kewangan PSS
Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.
6.6 Latihan Kemahiran
Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.
6.7 Penilaian dan Kajian
Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan.
7. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut:
-
Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa.
Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya.
Mempunyai Perancangan Strategik.
Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS.
Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber.
Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum.
Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar.
Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web.
Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum.
PELAKSANAAN
Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-
-
Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2
Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti)
Bahagian III - Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian)
Bahagian IV - Program Gerakan Membaca (20%)(Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan)
Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran, Penilaian dan Kajian)
Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V)
Hari Buku Sedunia
PUSAT SUMBER
Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar menbaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat
Definisi Pusat Sumber
- Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematis.
- Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai asas serta kemahiran maklumat pendidikan.
Objektif
- Kecemerlangan pendidikan - meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
- Penggunaan kemudahan - mengalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
- Pemupukan tabiat belajar - memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
- Penghasilan bahan - membantu murid dan guru menghasilkan, menilai dan meggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran.
- Perkhidmatan pembelajaran - mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
- Kemahiran maklumat - melatih murid menggunakan maklumat dalam proses pembelajaran.
Fungsi
- Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
- Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
- Merupakan tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
- Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
- Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
- Mengalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
- Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
- Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
- Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
- Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
Kemudahan Bilik dan Sudut Pusat Sumber
Perpustakan
Untuk tujuan:-
- Pengajaran dan Pembelajaran
- Pinjaman bahan bercetak
- Rujukan bahan bercetak
- Bersantai dengan bacaan ringan
- Aktiviti ko-kurikulum akademik
- Rakam salin
Pusat Akses
Untuk tujuan:-
- Pengajaran dan Pembelajaran
- Rujukan Bahan Internet
- SAL
Bilik Alat Pandang Dengar
Untuk tujuan:-
- Pengajaran dan Pembelajaran
- SAl/PAK bahan
- Pinjaman bahan elektronik
- Pinjaman Peralatan Elektronik
Bilik Bahan Bantu Mengajar
Untuk tujuan:-
- Pinjaman bahan bantu mengajar bukan elektronik.
TABIAT MEMBACA : DI MANAKAH RAKYAT MALAYSIA
Dalam era informasi ini, masyarakat Malaysia seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pambacaan untuk menangani cabaran semasa.ironsnya, tabiat gemar membaca di kalang masyarakat Malaysia semakin merosot mengikut peredaran masa. Menurut perangkaan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahin 1996, purata membaca setiap orang rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Fakta ini amat menyedihkan kerana sedangkan negara kita sedang bergerak menuju wawasan 2020 yang baeteraskan teknologi maklumat,masyarakat Malaysia semakin jauh ketinggalan dalam pemikiran mereta.
Apakah sebabnya buku-buku ilmiah menjadi makanan anai-anai walaupun kadar celik huruf negara Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Kecanggihan media elektronik, terutamanya televisyen adalah antara faktor penyebab orang tidak gemar membaca. Malaysia Malaysia kini umumnya lebih suka duduk menonton televisyen pada masa lapang berbanding dengan membaca buku. Sementelahan itu, sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan mungkin menyumbang ke arah kemerosotan minat membaca di kalangan masyarakat. Oleh sebab tumpuan yang lebih diberikan untuk buku-buku teks yang akan menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan, para pelajar tidak ada masa untuk membaca buku-buku di luar bidang pengajian mereka. Dewasa ini, bahan-bahan picisan dan semiprono membanjiri pasaran buku di negara kita. Keaadaan ini telah menyebabkan buku-buku ilmiah kuarang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengadakan kempen membaca dari masa ke masa untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. Kempen-kempen inin tidak harus terhad di kawasan tertentu sahaja, sebaliknya diadakan secara meluas di seluruh pelosok negara, termasuklah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman. Sehubungan itu, kerajaan perlu menggunakan saluran media massa untuk mempromosikan kempen membaca yang diadakan supaya matlamat melahirkan masyarakat yang suka membaca tercapai. Kerajaan juga wajar mengurangkan cukai jualan atau penerbitan buku supaya harga buku dapat dikurangkan. Sekiranya harga buku tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh orang ramai, nescaya jualan buku akan menjadi laris dan keadaan ini seterusnya dapat memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di sekolah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Minggu yang tertentu juga patut ditetapkan sebagai “Minggu Membaca” oleh pihak sekolah. Sepanjang “Minggu Membaca” ini, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan membaca yang bertujuan untuk menyuburkan minat membaca di kalangan pelajar harus diadakan, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pada masa kini, masih terdapat banyak sekolah di negara kita yang tidak mempunyai perpustakaan atau pusat sumber yang lengkap, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Sesungguhnya, keadaan ini menjadi penghalang kepada sesetengah pelajar yang miskin untuk mengamalkan tabiat membaca. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya berusaha menyediakan pusat sumber yang mempunyai kemudahan lengkap serta buku-buku yang berkualiti tinggi.
Di samping itu, pihak penerbitan swasta perlu meningkatkan penerbitan buku-buku ilmiah yang sesuai untuk tatapan pembaca. Selain Dewan Bahasa & Pustaka, tidak banyak lagi penerbit swasta yang menjadikan buku ilmiah sebagai agenda utama perniagaan mereka. Pihak penerbitan swasta ini masing-masing memilih untuk menerbitkan bahan bacaan yang sentiasa mendapat sambutan dan cepat pula mendatangkan laba, misalnya bahan-bahan picisan yang menonjolkan seks dan juga nilai-nilai biru yang lain. Oleh sebab itu, pihak penerbitan wajar menukar haluan dan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka bagi mengangkat martabat dan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pihak penerbitan juga tidak harus menjadikan perolehan keuntungan sebagai perkiraan utama semasa menerbitkan buku-buku. Sebaliknya, mereka perlu senantiasa memastikan hraga buku-buku adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Seboleh-bolehnya para penerbit harus mengadakan pesta-pesta buku sebulan-sekali dan memberikan diskaun untuk menarik orang ramai membeli buku-buku.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak amatlah penting. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada kanak-kanak untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan-bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Ibu bapa juga harus memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, minat membaca akan tertanam dalam sanubari anak-anak mereka secara automatik.
Natijahnya, usaha memupuk minat membaca di kalangan orang ramai perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebagai salah satu priority negara. Sesungguhnya, jambatan kepada penguasaan ilmu itu adalah membaca seperti yang digambarkan melalui firman Al-Quran yang berbunyi ‘bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan’. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak mempunyai ilmu yang tulen dan bernilai, Wawasan 2020 akan terus menjadi angan-angan yang tidak dapat direalisasikan.
KOLEKSI BAHAN BACAAN
Rak buku di Pusat Sumber |