Pada 19 Ogos yang lalu telah berlansungnya Program
Pertandingan Menulis Esei Menengah Rendah dan Menengah Atas kolaborasi bersama
pihak UTUSAN MALAYSIA Wilayah Selatan bertempat di Dewan Sekolah SMKDHTK.
Program ini juga turut melibatkan kolaborasi antara Pusat Sumber Sekolah dan
Paniti Bahasa Melayu.
Program ini telah dirasmikan oleh En Asri Jantan selaku
pengurus pemasaran Utusan Malaysia bagi Zon Selatan dan di iringi oleh Tn Hj
Zulkapli B Hj Othman selaku pengetua cemerlang SMKDHTK.
Sasaran penglibatan murid-murid adalah dari kalangan
tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2015. Matlamat
utama penganjuran program ini adalah untuk menambahkan keyakinan murid dalam
menghasilkan esei berkenaan dengan Hari Kemerdekaan serta bijak menggunakan
penanda wacana dan frasa-frasa menarik yang bersesuaian dengan huraian isi yang
dipilih.
Objektif program ini diadakan pula ialah dapat meningkatkan
pengetahuan murid dalam bidang sejarah dan merangsang daya fikir murid dalam
pelbagai bidang. Disamping dapat melahirkan murid-murid yang inovatif,dinamik
dan berfikiran kritis serta mampu meneroka bakat pelajar yang terpendam.
TAHNIAH SMKDHTK!!!