Saturday 11 December 2010

NILAM


PROGRAM NILAM ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar.


Program ini dijalankan bermula dari Januari hingga September setiap tahun.

Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen termasuk keratan akhbar.

Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke dalam Buku Catatan Bacaan.

Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat Sumber.

Pelajar yang mencatat jumlah bacaan terbanyak akan menerima hadiah.





Matlamat


Membudayakan amalan membaca di kalangan murid sepanjang hayat.


Objektif


· Menyemai amalan membaca di kalangan murid.

· Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif.

· Menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid.

· Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

· Memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.

· Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah.

· Mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah.

· Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.


Rasional


Membaca adalah sumber ilmu. Banyak membaca akan memperkembang dan membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing.



MODEL



Elemen NILAM

Elemen NILAM


Tahap Pencapaian Program NILAM


  • Tahap Jauhari
  • Tahap Rakan Pembaca (RP)


  • Tahap Jauhari

Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu

tabiat. Semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan

membaca tahap Jauhari.


  • Sekolah Rendah

Pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka

menguasai kemahiran asas (pertengahan Tahun Satu).


  • Jumlah Bacaan Buku Pengiktirafan

90 - 179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 ke atas NILAM


  • Sekolah Menengah
  • Jumlah Bacaan Buku Pengiktirafan

72 - 143 Gangsa
144 - 215 Perak
216 - 287 Emas
288 ke atas NILAM


  • Tahap Rakan Pembaca (RP)
  • Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap

Rakan Pembaca.

  • Pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
  • Pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara

buku bersama, rakan, keluarga dan jiran.


  • SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA


    • Markah Pengiktirafan

    100 - 199 Gangsa
    200 - 299 Perak
    300 - 399 Emas
    400 ke atas NILAM



    • Pengiktirafan
    • Tahunan
    1. Buku Rekod Kemajuan
    2. Kad Kumulatif
    • Keseluruhan
    • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah

    menengah

    • Sijil Berhenti Sekolah
    • Surat Akuan Sekolah

    Murid yang berjaya menamatkan program NILAM

    berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan,

    Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan


    Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.



    Cadangan Aktiviti NILAM


    • Program Iqra'
    • Membaca Bersama
    • Ceramah Buku
    • Pertandingan Bercerita
    • Khemah Membaca
    • Pameran Buku
    • Teater Membaca
    • Masa yang disarankan untuk Program NILAM
    • Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran

    bahasa.

    • Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula

    dan waktu rehat.

    • Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
    • Menggunakan waktu senggang untuk membaca.





    Sila Klik Untuk ............

    INFO NILAM