Friday 12 April 2013

SEKITAR PAMERAN LAHAD DATU

Pihak PSS telah mempamerkan pameran lahad datu di perpustakaan SMKDHTK bagi mengenang jasa pasukan keselamatan kepada negara. Selain itu,para pelajar juga telah menghadirkan diri di pameran tersebut bagi mengetahui jasa-jasa dan pengorbanan.






Di pameran ini, kita dapat melihat jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan kepada negara. Hal ini demikian,kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang berjuang untuk negara bagi menghapuskan pencerobohan di lahad datu.

Cakna minda (hadiah)

Program Cakna Minda ini telah dilaksanakan oleh pihak PSS serta pengawas PSS untuk memberi peluang kepada para pelajar bagi menyahut cabaran. Selepas aktiviti ini dijalankan,  para pelajar yang telah mengikuti  dan  memenangi aktiviti tersebut akan diberikan hadiah dan disampaikan oleh cikgu PSS serta yang dihormati Tuan Pengetua SMKDHTK.




 
Harap aktiviti tersebut dapat menarik perhatian para pelajar untuk menyertai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak pss.

PERSIAPAN PAMERAN LAHAD DATU

Persiapan pameran telah dijalankan oleh pihak pss bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan kepada negara. Pengawas pusat sumber sekolah telah banyak membantu bagi merealisasikan aktiviti ini.




 


 
Semoga aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Wednesday 10 April 2013

SANTAPAN MINDA

Mulai tahun 2013, Pusat Sumber SMKDHTK telah menetapkan pada setiap pagi murid-murid diwajibkan membaca buku di perhimpunan.Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pelajar.









glitter-graphics.com

Persiapan Program Cakna Minda 2013

Pada awal tahun, Pusat Sumber SMKDHTK telah membuat persediaan Program Cakna Minda 2013 seperti menyediakan bahan bacaan untuk para pelajar. Lazimnya, program ini dilancarkan pada setiap hari Selasa pada awal pagi. Para pelajar dikehendaki menulis apa yang dibaca didalam buku nilam mereka.








glitter-graphics.com

WAJAH BARU PSS SMKDHTK










Pada tahun 2013,beberapa pembaharuan telah dilakukan terhadap Pusat Sumber SMKDHTK. Antaranya ialah, pemasangan penghawa dingin, penyusunan semula rak-rak buku, menyediakan tempat pameran, menaik tarafkan Anjung Nilam dan mewujudkan kaunter 'express'.

glitter-graphics.com