Wednesday 7 March 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pada bulan 17 Februari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji
Talib Karim telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012. Bagi memeriahkan
lagi majlis, pihak sekolah telah membenarkan para pelajar untuk memakai baju
melayu bagi pelajar lelaki dan baju kurung bagi pelar perempuan yang beragama Islam. 



Majlis dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Ramli bin Abdul Rahim iaitu
Pegawai Penguatkuasa. Ceramah itu mengisahkan tentang kelahiran Nabi
Muhammad dan juga memberi kesedaran kepada kami. Kelihatan para
pelajar begitu seronok dengan ceramah yang telah diberikan.

Selain itu,  pertandingan sepanduk juga turut diadakan. Sepanduk tersebut akan
mewakili setiap badan beruniform. Ianya akan dibawa sekali semasa berarak.  Laluan
perarakan adalah bermula dari SMKDHTK sehingga ke Taman Seri Bayu 1 dan
berpatah balik semula ke sekolah. Ini diantara memori- memori yang sempat kami lakarkan.