Tuesday 19 May 2015

Kejohanan Sukan tahunan Kali Ke-47 SMKDHTK






 

Sukan merupakan salah satu cabang aktiviti kokurikulum. Badan yang sihat pastinya lahir daripada badan yang cergas. Oleh itu, pada hari Sabtu, 9 Mei yang lalu SMKDHTK telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-47 dengan jayanya. para pelajar telah berkumpul di padang sekolah seawal jam 8 pagi dan kehadiran setiap kelas diambil oleh guru tingkatan. Acara bermula tepat jam 8.30 pagi itu begitu meriah dengan sorakan sokongan murid dan guru daripada rumah sukan yang bertanding. Seperti tahun lalu, Rumah Sukan Mansor (Hijau) sekali lagi menjadi Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2015.


Acara awal telah diadakan pada 6 dan 7 Mei, maka hanya acara akhir sahaja yang dipertandingkan pada hari itu termasuklah acara tarik tali yang menggamatkan suasana.  Majlis Penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rashid Bin Ab Hamid Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi PIBG, Tuan Haji Azman bin Ghani.