Friday 24 July 2015

LITERASI MAKLUMAT


KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.







Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
Pembangunan ICT dalam pendidikan
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup





Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
Organisasi  maya (Virtual Organization)
Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)

Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan      atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF



10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia  model-model yang diguna pakai  adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi   Tugasan
Kenalpasti masalah
 Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
  kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat   mengikut keutamaan
Lokasi   dan Akses
  kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
  mencari maklumat yang relevan
Mengguna   maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat  sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
mengurus  dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil  bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian
menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai  proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan  penambahbaikan
kenalpasti  keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan
Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
 Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
  Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat

http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/