Sunday 12 December 2010

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia diilhamkan oleh UNESCO sebagai sambutan seluruh dunia untuk memuliakan buku dan budaya membaca. Di United Kingdom dan Ireland, sambutan Hari Buku Sedunia 2010 di rayakan pada pada 4 Mac. Namun begitu kebanyakan negara di dunia menyambutnya pada setiap 23 April. Matlamat utama sambutan Hari Buku Sedunia di United Kingdom adalah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka dan merasai keseronokan membaca serta memberi peluang kepada mereka untuk memiliki buku sendiri. Justeru itu pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak terbabit sejak pertengahan bulan Januari lagi. Antaranya menghubungi semua sekolah di United Kingdom dan menjemput mereka menyertai aktiviti yang dirancang seperti memberi token untuk menukarnya kepada buku-buku dan bermain untuk memupuk budaya membaca. Di Malaysia, sambutan Hari Buku Sedunia masih belum popular lagi. Namun begitu, adalah menjadi harapan agar walau dimana pun kita berada, budaya membaca dapat diterapkan di dalam jiwa segenap insan. “Sesungguhnya Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.” Untuk mendapatkan maklumat antarabangsa mengenai Hari Buku Sedunia, sila layari
www.unesco.org.