Sunday 12 December 2010

Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang

KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG

1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan

1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM

Terletak di tempat yang strategik.

1.2 Susun Atur Bilik/Ruang

Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Ini termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.

1.3 Perabot

Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan maklumat dll.

1.4 Bahan Cetak

Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll.

1.5 Bahan Bukan Cetak

Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio & video, CD dll.

1.6 Peralatan

Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.

1.7 Alat Keselamatan

Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan-arahan dan peti kecemasan.

2. Pengurusan dan Pengelolaan

2.1 Struktur Organisasi

Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan.

2.2 Rancangan Tahunan

Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat JK kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah.

2.3 Dokumen dan Rekod

Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen:

2.3.1 Fail kuasa

  1. Peraturan-peraturan

  2. Buku stok perolehan

  3. Rekod pinjaman

  4. Semakan stok dan hapus kira

  5. Belanjawan dan perbelanjaan

  6. Penyenggaraan

  7. Aktiviti dan kajian

  8. Pencapaian dan kejayaan

2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.

2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik.

2.4 Keceriaan

Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung.

2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti

Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS.

3. Penggunaan PSS

3.1 Waktu Operasi

Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke PSS.

3.2 Jadual Waktu

Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.

3.3 Urusan Pinjaman

Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok.

3.4 Penggunaan TVP

Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya.

3.5 Pameran

Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu.

3.6 Aktiviti Galakan

Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS.

3.7 Pembelajaran Kendiri

Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna.

3.8 Bahan Promosi/Publisiti

Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru.

3.9 Kemahiran Maklumat

Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa.

3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian

Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P.

4. Program NILAM

4.1 Pengurusan Program

Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas.

4.2 Pelaksanaan Tugas

Semua pelajar terlibat.

4.3 Dokumen dan Rekod

Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah.

4.4 Pencapaian

Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.

4.5 Pengiktirafan

Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil.

5. Program Peningkatan PSS

5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang

Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun.

6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS

Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa.

6.3 Pengautomasian

Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan.

6.5 Kewangan PSS

Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.

6.6 Latihan Kemahiran

Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.

6.7 Penilaian dan Kajian

Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan.

7. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut:

    1. Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa.

    2. Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya.

    3. Mempunyai Perancangan Strategik.

    4. Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS.

    5. Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber.

    6. Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum.

    8. Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar.

    9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.

    10. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web.

    11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum.

PELAKSANAAN

Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.

Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-

    1. Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2

    2. Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti)

    3. Bahagian III - Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian)

    4. Bahagian IV ­- Program Gerakan Membaca (20%)(Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan)

    5. Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran, Penilaian dan Kajian)

    6. Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V)

Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia