Sunday 26 June 2011

Jasamu di kenang!



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Pada hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan penggal yang lalu, warga SMKDHTK telah dikejutkan dengan berita kenaikan pangkat Ustazah Norhayati Ibrahim ke SMA Al-Asyraf sebagai GKMP Pendidikan Islam. Kepergian beliau telah membawa seribu duka kepada warga PSS SMKDHTK kerana beliau merupakan 'ibu' kepada PSS SMKDHTK.


Oleh itu, pihak sekolah telah melantik Ustazah Shamsulrizal untuk menggalas tanggungjawab yang pernah dipikul oleh beliau sebagai guru PSS SMKDHTK. Semoga dengan perlantikan guru PSS yang baru dapat memberikan seribu kemanisan dan transformasi kepada PSS SMKDHTK.

Warga PSS SMKDHTK juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustazah Norhayati Ibrahim dan ingatlah kami di SMKDHTK. Kami sentiasa merindui Ustazah!


ustazah dalam kenangan~