Friday 1 July 2011

Ceramah Israk&Mikraj

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Pada hari ini, warga SMKDHTK bertuah kerana telah menikmati santapan rohani berupa Ceramah Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh  Ustaz Kamaludin iaitu Imam Masjid Alor Gajah.

Setia mendengar ceramah


Ceramah yang disampaikan sebaik sahaja selesai sesi bacaan yaasin oleh warga SMKDHTK itu telah mendapat perhatian seluruh warga SMKDHTK berikutan cara penyampaian beliau yang sangat menyeronokkan, santai dan pastinya tidak membosankan para pelajar.



Cenderahati sumbangan pihak sekolah
Sebaik sahaja sesi ceramah berakhir, sedikit saguhati diberikan oleh pihak sekolah kepada Ustaz  sebagai tanda terima kasih kerana sudi melapangkan diri untuk menyampaikan ceramah. Kuiz spontan juga dibuka kepada para pelajar mengikut tingkatan dan jantina. hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat. Selepas itu, guru dan staf SMKDHTK dijamu dengan sedikit hidangan jamuan di kantin.



Antara pemenang kuiz

Sebilangan guru Panitia Pendidikan Islam


Majlis yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam ini telah berlansung dengan baik dengan kerjasama semua ahli panitia dan jawatankuasa kerjanya. Pada majlis ini, Ustaz Shafie telah menjadi pengacara majlis dan telah melaksanakan tugas dengan jayanya.

sekian, terima kasih.