Monday 4 July 2011

Majlis Penutupan Minggu Hari Koperasi Sekolah

Pada 22 Jun 2011 lalu, Koperasi sekolah telah melancarkan program hari koperasi peringkat sekolah dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Saminah bt Jantan di dataran Nurani.  Program untuk hari koperasi tersebut telah berlansung selama seminggu. Antara program yang diadakan adalah seperti kuiz, jualan murah, pertandingan explorace, pertandingan petaq, penanaman pokok dan edaran tanda peringatan hari koperasi sekolah.


Oleh itu, pada hari ini para peserta yang menyertai pertandingan yang telah dilaksanakan menerima hadiah yang telah dimenangi. Kegembiraan terpancar pada wajah para peserta kerana telah berusaha gigih dalam setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu koperasi sekolah.

Majlis perasmian penutupan Hari Koperasi Sekolah telah disempurnakan oleh GPK 1, Tn Hj Gafar bin Suboh.

Pelajar SMKDHTK
hadiah~

Antara para penerima hadiah!