Friday 8 July 2011

Sekitar Majlis Perpisahan Ustazah Norhayati Ibrahim

Umum telah mengetahui bahawa Ustazah Norhayati telah pun berpindah ke SMA JAIM Al-Asyraf  semasa cuti yang lalu. Disebabkan oleh kekangan masa, maka pada hari Jumaat, 8 Julai yang lalu satu majlis perpisahan diadakan untuk memberikan kesempatan kepada warga SMKDHTK untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustazah di tempat bertugas beliau yang baru.

Majlis yang diadakan sebaik sahaja selesai majlis bacaan yaasin itu berlansung dengan jayanya dan bacaan yaasin pada hari itu juga merupakan bacaan yaasin yang terakhir buat Ustazah di SMKDHTK. Beliau yang telah bertugas kira-kira 19 tahun iaitu dari tahun 1992 dianggap sebagai 'kakak' dalam panitia Pendidikan Islam di SMKDHTK.

Sebaik sahaja tamat acara penyampaian hadiah, beliau berpelukkan dengan rakan-rakan sahabat dan tidak ketinggalan anak-anak didiknya yang sangat menyayangi beliau. Semoga hari-hari yang mendatang akan membawa seribu rahmat kepada beliau di tempat bertugas yang baru..

sebaik sahaja selesai bacaan yaasin

hadiah daripada pusat sumber

tanda ingatan sahabat..

anak didik yang disayangi..