Sunday 31 July 2011

Tahniah! II SMKDHTK- Johan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah ll

Pada 27 Julai 2011 yang lalu, telah berlansung pertandingan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka di SMK Nyalas, Jasin. Untuk rekod, SMKDHTK merupakan johan kuiz pengetahuan di peringkat kawasan dan mewakili kawasan ke peringkat negeri Melaka.

Berikut merupakan empat buah sekolah telah berentap pada pertandingan kali ini.

Kawasan Bukit Cina diwakili oleh SMK Tinggi Melaka
Kawasan Tanjung diwakili oleh SMK Gajah Berang
Kawasan Alor Gajah/Masjid Tanah diwakili oleh SMK Dato' Haji Talib Karim
Kawasan Jasin/Merlimau diwakili oleh SMK Iskandar Shah

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan, Pemulihan Projek Pembangunan Pekan Kecil dan NGO Negeri Melaka. (merangkap Pengerusi PERPUSTAM)

Sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang, tetamu dijamu dengan minum petang dan majlis bersurai.

pertandingan sedang berlansung

wakil SMKDHTK

Tempat ke 3- SMK Iskandar Shah

Tempat Kedua- SMK Tinggi Melaka

selingan guru pengiring SMKDHTK. :))

Johan- SMK Dato' Haji Talib Karim