Sunday, 5 February 2012


glitter-graphics.com

                    KEPUTUSAN YANG DINANTI-NANTIKAN TIBA AKHIRNYA 

~Kesungguhan para peserta  Kejohanan Merentas Desa membuahkan hasil~

Pada hari Jumaat bersamaan 3 Februari 2012 telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa 2012 bertempat di Dataran Nurani SMKDHTK.Penyampaian ini tidak dapat dilaksanakan pada hari Kejohanan Merentas Desa diadakan dek kerana hujan turun.Pelbagai riak wajah yang dapat kita lihat ketika menantikan keputusan diumumkan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah mengikut kategori masing-masing seperti Kategori Perempuan 1,2,3,4,5 dan 6 dan diikuti dengan Kategori Lelaki 1.2.3.4.5 dan 6.Penyampaian hadiah ini disampaikan oleh  
Pn Noor Azizah Bt Md Som dan En Hassan.Senyum kegembiraan yang mampu dilemparkan oleh para pemenang dalam kejohanan ini.




Add caption


  Majlis ini disudahi dengan pengumuman rumah sukan yang telah menjuarai Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012..Jeng..jeng..jeng.."Bagi Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012 dimenangi oleh Rumah Mansor"..Ucapan Tuan Pengerusi Majlis itu,terjawab segala tanda tanya kami..huhu.Naib Juara disandang oleh Rumah Muzafar diikuti Rumah Iskandar dan Rumah Alauddin.Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua,Pn Saminah Bt Jantan..Dengan itu,berakhirla majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012...