Sunday 5 February 2012

BENGKEL MEMBINA LAMAN BLOG

Bidang multimedia, merupakan suatu bidang yang begitu seronok dan mencabar bagi para pelajar. Dalam bidang inilah, para pelajar akan diuji tahap kreatif masing-masing. Bagi menggiatkan lagi bidang multimedia itu, pihak Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim, Bengkel Membina Laman Blog telah dianjurkan pada 4 Februari yang lalu. Bengkel ini diadakan di Pusat Sumber SMKDHTK sendiri dan seramai lebih kurang 20 orang pelajar telah mengikuti bengkel ini. Ada di antara mereka merupakan Pengawas Pusat Sumber SMKDHTK sendiri.

Para pelajar telah diminta untuk membina laman blog mereka sendiri. Usaha ini adalah  untuk melahirkan lagi para pelajar yang lebih kreatif dalam bidang multimidea ini. Pihak kami telah meminta jasa baik 2 orang guru,  Encik Amar Hezri dan Puan Hazliza bagi mengetuai dan membimbing para pelajar dalam membina laman blog tersebut. Ini kerana ada diantara pelajar yang kurang mahir dalam membina laman blog. 
 
INILAH WAJAH 2 ORANG GURU YANG MEMBIMBING KAMI

Bengkel itu dimulakan dengan beberapa penerangan yang diberi oleh guru-guru. Para pelajar juga dibekalkan dengan nota ringkas yang mengandungi panduan secara ringkas untuk membina laman blog. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membinanya mengikut tunjuk ajar dari 2 orang guru tersebut. Lensa kami sempat merakamkan beberapa reaksi dan gelagat para pelajar.