Friday 3 February 2012

Kejohanan merentas desa

~ KAMI BERLARI DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR ~
 
Pada Khamis yang lalu, bersamaan dengan 2 Februari 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim telah berjaya menjayakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012.  Sesi persekolahan ditamatkan tepat jam 1.20 petang bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk beristirahat dan menunaikan solat terlebih dahulu. Setelah itu, para pelajar berkumpul di Dataran Nurani bagi mengambil kedatangan di setiap Rumah Sukan masing-masing dan menjalani sesi regangan.
 
Pelajar dibahagikan mengikut Tingkatan masing-masing. Sesi memanaskan badan yang diketuai oleh 3 orang pelajar Menengah Atas dimulakan. Pelbagai gelagat yang dapat kita saksikan di setiap wajah mereka.
 
  KETUA REGANGAN KAMI 





























































SEMANGAT MEREKA SEBELUM MERENTAS DESA 
PELAJAR TINGKATAN 6 YANG BERSEMANGAT DI HADAPAN LENSA
 Tepat jam 3.00 petang, para pelajar dilepaskan oleh Pengetua SMKDHTK , Puan Saminah binti Jantan. Kelihatan para pelajar berlari dengan semangat yang berkobar-kobar dengan harapan untuk menjadi peserta pertama yang akan tiba di garisan penamat. Berderau darah para guru, pabila melihat para pelajar yang lari dengan penuh semangat sehingga bertolak-tolakkan antara satu sama lain. Risau sekiranya ada di antara mereka yang jatuh dan tercedera. Namun begitu, ada juga pelajar yang telah pun pengsan ketika di garisan permulaan. Sungguh memeranjatkan !
 

ADUHAI KASIHANNYA ADIKKU

Kesungguhan para pelajar untuk menamatkan larian jelas terpancar di wajah mereka. Kami sempat merakan detik-detik itu.

SEMANGAT YANG INGIN DI CARI

BERSUNGUH-SUNGGUH

PELAJAR YANG MENDAHULUI PARA PESERTA YANG LAIN

KEHABISAN TENAGA SUDAH PARA PESERTA KITA

PELAJAR YANG BERSEMANGAT HINGGA KE HABISAN

PELAJAR PEREMPUAN JUGA TURUT BERSEMANGAT

YANG SEMPAT POSING PUN ADA

LALUAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN
Setibanya di sekolah yang merupakan check point yang terakhir, para pemenang telah pun diketahui. Malangnya pada ketika itu, hujan turun dengan lebatnya dan penyampaian hadiah tidak dapat dilakukan sejurus selesai kejohanan tersebut. Hadiah disampaikan pada keesokan harinya.