Sunday 31 July 2011

Tahniah! II SMKDHTK- Johan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah ll

Pada 27 Julai 2011 yang lalu, telah berlansung pertandingan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka di SMK Nyalas, Jasin. Untuk rekod, SMKDHTK merupakan johan kuiz pengetahuan di peringkat kawasan dan mewakili kawasan ke peringkat negeri Melaka.

Berikut merupakan empat buah sekolah telah berentap pada pertandingan kali ini.

Kawasan Bukit Cina diwakili oleh SMK Tinggi Melaka
Kawasan Tanjung diwakili oleh SMK Gajah Berang
Kawasan Alor Gajah/Masjid Tanah diwakili oleh SMK Dato' Haji Talib Karim
Kawasan Jasin/Merlimau diwakili oleh SMK Iskandar Shah

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan, Pemulihan Projek Pembangunan Pekan Kecil dan NGO Negeri Melaka. (merangkap Pengerusi PERPUSTAM)

Sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang, tetamu dijamu dengan minum petang dan majlis bersurai.

pertandingan sedang berlansung

wakil SMKDHTK

Tempat ke 3- SMK Iskandar Shah

Tempat Kedua- SMK Tinggi Melaka

selingan guru pengiring SMKDHTK. :))

Johan- SMK Dato' Haji Talib Karim






Friday 8 July 2011

Sekitar Majlis Perpisahan Ustazah Norhayati Ibrahim

Umum telah mengetahui bahawa Ustazah Norhayati telah pun berpindah ke SMA JAIM Al-Asyraf  semasa cuti yang lalu. Disebabkan oleh kekangan masa, maka pada hari Jumaat, 8 Julai yang lalu satu majlis perpisahan diadakan untuk memberikan kesempatan kepada warga SMKDHTK untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustazah di tempat bertugas beliau yang baru.

Majlis yang diadakan sebaik sahaja selesai majlis bacaan yaasin itu berlansung dengan jayanya dan bacaan yaasin pada hari itu juga merupakan bacaan yaasin yang terakhir buat Ustazah di SMKDHTK. Beliau yang telah bertugas kira-kira 19 tahun iaitu dari tahun 1992 dianggap sebagai 'kakak' dalam panitia Pendidikan Islam di SMKDHTK.

Sebaik sahaja tamat acara penyampaian hadiah, beliau berpelukkan dengan rakan-rakan sahabat dan tidak ketinggalan anak-anak didiknya yang sangat menyayangi beliau. Semoga hari-hari yang mendatang akan membawa seribu rahmat kepada beliau di tempat bertugas yang baru..

sebaik sahaja selesai bacaan yaasin

hadiah daripada pusat sumber

tanda ingatan sahabat..

anak didik yang disayangi..




Monday 4 July 2011

Majlis Penutupan Minggu Hari Koperasi Sekolah

Pada 22 Jun 2011 lalu, Koperasi sekolah telah melancarkan program hari koperasi peringkat sekolah dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Saminah bt Jantan di dataran Nurani.  Program untuk hari koperasi tersebut telah berlansung selama seminggu. Antara program yang diadakan adalah seperti kuiz, jualan murah, pertandingan explorace, pertandingan petaq, penanaman pokok dan edaran tanda peringatan hari koperasi sekolah.

Tempat Ke Tiga Pertandingan Pidato

Pusat sumber sekolah mengucapkan tahniah kepada wakil pelajar SMKDHTK yang berjaya merangkul tempat ke tiga dalam pertandingan pidato Kelab Pelaburan Bijak yang dianjurkan oleh Unit Amanah Saham Gemilang (Pendidikan) yang berlansung di Dewan SMK Seri Pengkalan.

semoga dengan kemenangan beliau menjadi suntikan semangat kepada pelajar SMKDHTK yang lain!

menerima hadiah..


sekian, terima kasih



glitter-graphics.com

Saturday 2 July 2011

PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011


PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN
 KATEGORI SEKOLAH SEMPENA HARI PERISIAN SUMBER TERBUKA DAN PERSIDANGAN PROGRAM SUMBER TERBUKA MALAYSIA (MyGOSSCON 2001)



 MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK SINI-----> PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG

sekian, terima kasih


                     



Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia!





 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sekitar jam 7 pagi, pelajar dari SMK Dato Haji Talib telah memenuhi sekitar perkarangan Dataran Keris Alor Gajah bagi menjayakan Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Sebelum acara larian dilaksanakan, para pelajar diberikan taklimat dan melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu.

Acara melepaskan larian telah disempurnakan oleh Tuan PPD Alor Gajah,  Tn Hj Kasim b Mohamad. Acara Larian tersebut turut disertai bersama oleh murid dari SK Alor Gajah 1 dan SJK (C) Alor Gajah.

Friday 1 July 2011

Ceramah Israk&Mikraj

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Pada hari ini, warga SMKDHTK bertuah kerana telah menikmati santapan rohani berupa Ceramah Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh  Ustaz Kamaludin iaitu Imam Masjid Alor Gajah.

Setia mendengar ceramah